Sunday, 11 December 2011


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PRASEKOLAH S.K. SUNGAI BEHRANG
TAHUN 2011


MATAPELAJARAN (TUNJANG)    : TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MALAYSIA (KEMAHIRAN MENDENGAR & BERTUTUR)
KELAS                                               : PRASEKOLAH GEMILANG
BILANGAN MURID                               : 25 ORANG
TARIKH                                               : 10 OKTOBER 2011
MASA                                                 : 11.10 pagi – 12.00 pagi (30 minit)       
TAJUK                                               : TOLONG MENOLONG
           
STANDARD PEMBELAJARAN :
(BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan member respon yang bertatasusila dengan bimbingan. Contoh: Selamat Pagi
(BM 1.1.13) Mendengar dan member respons terhadap perbualan, permintaan, cerita dan lagu
(BM 2.2.7) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai.
(BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN   : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Berinteraksi dengan baik dengan guru dan sesama rakan sepanjang sessi.
2. Menjawab soalan guru berdasarkan cerita yang diperdengarkan.
3. Dapat menceritakan semula cerita yang di dengar dengan bimbingan.


 AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


LANGKAH

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
LANGKAH SATU

SET INDUKSI
3 minit

-          Guru memainkan watak anak patung puppet tikus dan puppet singa.
-          Guru memberikan salam dan cuba menarik perhatian murid-murid dengan puppet yang digunakan.
-          Guru menyatakan aktiviti hari ini iaitu mendegar sebuah cerita dari guru.


Nilai :
Memberi  & menjawab salam.


LANGKAH 2
MEMPERKENALKAN BAHAN
( 3 minit )

-          Guru memulakan langkah dengan memperkenalkan buku dari pelbagai aspek.
1. Saiz
2. Ilustrasi muka depan
3. Tajuk buku cerita

KBKK :
Memproses maklumat yang diberi.

LANGKAH 3
MEMULAKAN PENCERITAAN
(8 minit )


-          Guru memulakan pembacaan buku cerita dari muka surat pertama sehingga selesai.



Kemahiran mendengar
LANGKAH 4
SOALJAWAB
 ( 8 minit )

-          Guru mengulangi penceritaan sambil menjalankan sessi menjawab soalan secara tidak langsung berdasarkan jalan cerita yang diperdengarkan.
Contoh soalan :
1. Singa tidur dibawah apa?
2.Tikus terjatuh di atas badan siapa?
3. Apa yang terjadi selepas itu?
Dan soalan-soalan lain.



LANGKAH 5
MENCERITAKAN SEMULA
( 8 MINIT )


-Guru memilih seorang murid untuk menceritakan semula cerita tersebut dengan bimbingan.


PENUTUP
(4 minit)


-          Berbincang dengan murid tentang pengajaran di dalam cerita ini.
-          Lembaran kerja diedarkan.




REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

KEKUATAN

Melalui tugasan pengajaran makro yang telah dijalankan, kekuatan & kelebihan yang dapat dikesan ialah saya dapat menarik perhatian murid-murid dengan suara yang lantang dan bersemangat. Selain daripada itu, kekuatan yang dapat dikesan ialah terdapat kemahiran bercerita menggunakan gerakan dan peneguhan seperti senyuman dan pujian di sepanjang sessi pengajaran.

Suara yang lantang dan bersemangat dapat menarik perhatian murid untuk terus melihat dan mendengar apa yang saya ingin sampaikan. Suara yang lantang dan bersemangat juga akan memberikan kesan terhadap tumpuan murid yang mana ianya akan menolak gangguan-gangguan lain dipersekitaran. Suara yang lantang juga akan dapat menyampaikan pengajaran secara jelas.

Manakala pergerakan di dalam penceritaan dan mimik muka yang bersesuaian yang saya bawakan di dalam sessi pengajaran juga meningkatkan penghayatan murid-murid. Ianya dapat menimbulkan motivasi murid-murid untuk terus mendengar dan memberikan perhatian. Seterusnya ianya akan membantu murid-murid saya bersedia dari sudut kognitif dan afektif. Bersedia dari sudut kognitif ialah kesediaan fikiran dan afektif ialah perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan dalam menerima pelajaran seterusnya.

Seterusnya, teknik peneguhan dan pujian yang saya gunakan dapat menggalakkan murid-murid untuk terus mengambil bahagian dalam sessi soaljawab guru. Pujian dan senyuman juga dapat membina keyakinan diri dan memenuhi keperluan asas fisiologi murid-murid yang mana masih diperingkat kanak-kanak iaitu keperluan untuk kasih-sayang & rasa selamat. Dengan memenuhi keperluan ini juga, keyakinan diri seorang murid akan semakin bertambah.

KELEMAHAN


            Kelemahan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan ialah saya masih tidak menggunakan ayat sesuai dalam perbualan semasa pengajaran dijalankan.

            Selain daripada itu, kelemahan yang dapat dikesan ialah guru tidak bercerita terus, tetapi berhenti memberikan penerangan yang mana mengganggu penghayatan murid. Soalan yang diberikan terlalu mudah untuk dijawab dan kurang menjana pemikiran murid. Teknik menyoal penting kerana ianya merupakan langkah penting dalam mengimbas kembali pengetahuan sedia ada murid dan menilai kesediaan murid untuk pembelajaran yang seterusnya.

            Kedudukan yang statik juga, iaitu diatas kerusi menghadkan pergerakan guru dan lama-kelamaan membosankan murid.

LANGKAH MENGATASI
           
            Melalui kelemahan yang telah dikesan, penambahbaikkan perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Berdasarkan tugasan makro-pengajaran yang dilihat, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang berlaku untuk tujuan penambahbaikkan dimasa akan datang.
           
            Pertuturan yang tersekat-sekat adalah kelemahan saya sejak dari awal lagi. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara saya perlu sentiasa membuat sedikit ulangkaji dan persediaan awal dalam merancang ayat-ayat penting yang akan digunakan. Saya perlu memberikan penekanan dalam susunan perkataan untuk dijadikan ayat untuk lebih menarik tumpuan dan fokus murid. Kelemahan ini juga boleh diatasi dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi sesama rakan atau pun latihan di hadapan cermin bagi meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang guru.

            Teknik menyoal yang lemah juga boleh diatasi dengan cara meningkatkan pengetahuan dalam teknik menyoal yang mengambilkira tahap pengetahuan murid-murid. Jika dirujuk dengan Teori Taksonomi Bloom, peringkat soalan yang sesuai diajukan kepada murid-murid yang berumur 4-6 tahun adalah pada peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi sahaja. Kemahiran menyoal ini penting kerana ianya boleh menjadikan murid bertambah aktif, menambahkan lagi minat murid serta dapat mengelakkan diri daripada perasaan jemu. Ianya juga dapat menjana perkembangan kognitif murid.
           
            Kedudukan yang statik boleh membosankan murid-murid. Malah ianya juga akan menghadkan pergerakan seorang guru. Masalah ini boleh diatasi dengan cara guru menggunakan keseluruhan hadapan kelas dengan pergerakan dan murid-murid berada di atas kerusi belajar masing-masing.

No comments:

Post a Comment